Followers

Sumber Inspirasi


Puan Azmah Nordin, sifuku tersayang...

Sejak mula mengenali sifu lebih kurang setahun lampau, tulisan garapanku semakin cenderung kepada tulisan sastera. Sekarang sedang mengusahakan satu novel berbentuk aliran bawah sedar, sudah semakin penghampiri penghujungnya.

Beberapa cerpen menunggu untuk disiarkan, ada yang senyap saja di meja penerbit dan ada juga yg masih menunggu keputusan pertandingan sayembara cerpen. Tinggi harapan agar yang dihantar berjaya mendapat perhatian penganjur pertandingan :)

Sekarang aku masih lagi berguru dengan sifu di bengkel sastera kendaliannya di www.azmahnordin.blogspot.com

NORHAYATI BERAHIM
















Salah seorang penulis wanita yang sangat aku kagumi...Buku-bukunya masih lagi menjadi pilihan sejak dulu hingga kini. Sejak mengenalinya di alam siber, baru ku tahu penulis ini juga punya sifat humor dlm dirinya...tk percaya sebenarnya sebab kebanyakan buku2 tulisannya agak serius..apa-apa pun, Kak Yati memang best! :)

ANIS AYUNI










Aku juga meminati tulisannya sejak dulu. Karya penulis ini lebih kepada kisah-kisah cinta romantis yang mampu membawa kita hanyut sketika mengikuti perjalanan kehidupan watak-watak ciptaannya :)
Kalau sedang dilamun cinta, memang sesuaiiii sangat2! Hahaha